Salam Takziah - Pembaca Berita TV3 Ditemui Mati Dibunuh Dalam Rumah Sendiri


Hari ini media-media sosial dikejutkan dengan satu berita mengenai kes kematian seorang pembaca berita TV3 apabila mangsa dijumpai menggantungkan dirinya menggunakan kain cadar pada kipas siling dalam bilik di rumah mereka.

Polis menahan empat individu termasuk pemandu teksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan mangsa yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.

“Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini. Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV3 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.
Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu. Mangsa ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Mangsa merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
loading...