Ini Jawapan Ahmad Idham Selepas 'Kantoi' Dengan Netizen Layan Video Lucah Di Twitter
Belum pun reda mengenai isu poster filem arahan Ahmad Idham Nazri, Pencuri Hati Mr Cinderella, hari ini satu lagi isu panas telah dikaitkan dengan pengarah tersebut apabila beliau dikatakan ‘kantoi’ melayari akaun pelakon video lucah di Twitter.
Dakwaan tersebut hangat diperkatakan oleh netizen di laman Twitter apabila pengarah tersebut meletakkan tanda suka (like) pada salah sebuah video pelakon tersebut dan ketika ini masih lagi boleh dilihat pada akaun peribadi Ahmad Idham.
Minggu ini, nama Ahmad Idham menjadi tumpuan apabila beliau mencabar netizen yang menghentam beliau untuk berdiskusi secara sihat dan mendengar pandangan masing - masing.
Adakah akaun pengarah berkenaan digodam? Atau akaun tersebut telah ‘like’ secara automatik? Ikuti penjelasan lanjut dari Ahmad Idham.
Pengarah filem Ahmad Idham tidak melatah dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video lucah di laman sosial kerana ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.
Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkata, penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.
"Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.
"Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh," ujarnya kepada mStar Online.
Ahmad Idham diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan yang mendakwa kononnya dia kantoi menonton video lucah apabila tindakannya meletakkan tanda suka (like) disedari netizen pada salah sebuah video berkenaan di laman sosial Twitter.
Sementara itu, Ahmad Idham berkata, dia juga tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.
"Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.
"Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja," ujarnya.
Sementara itu, dia meminta agar orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan atau faedah.
loading...




