Pelakon Drama Akasia TV3 Dikecam Natizen Selepas Bergambar Tanpa Seurat Benang


Mungkin ada di antara yang mengikuti perkembangan dunia peragaan pentas tempatan yang mengenali Alicia Amin. Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 22, ialah peserta Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.

Di media sosial Twitter, nama Alicia Amin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam kini hangat diperkatakan kerana dia bergambar hampir tanpa seurat benang untuk sebuah laman web yang menjual lingerie.

Sesi penggambaran tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret.

Ini adalah antara gambar Alicia di laman web tersebut. Ada gambar yang lain, penulis persilakan para pembaca untuk mencarinya.
Dan apa yang menarik, Alicia yang mengisytiharkan bahawa dia memiliki corak pemikiran liberal tidak merasakan bergambar tanpa seurat benang itu salah dari segi moral. Baginya, dia berbangga dengan hasil kerjanya sebagai anak seni:
Ketika menyertai ANTM, Alicia juga menyuarakan yang sebenarnya tidak membaca kritikan tentangnya di Internet:
Sejujurnya saya tidak akan membaca sebarang komen negatif di Internet kerana tidak mahu kata-kata orang memberi kesan kepada saya.

Walaupun sering mengkritik orang Melayu dengan lantang di laman Twitter, Alicia kini berlakon di Slot Akasia TV3 untuk drama Melayu Meh Sandar Lagi yang turut dijayakan Aliff Aziz dan Mira Filzah. Ini menyebabkan dia diperli oleh Netizen di Twitter :

Pada pendapat penulis, Alicia memiliki ciri-ciri seorang model peragaan yang sempurna dengan wajah eksotik dan tubuh tinggi lampai.

Sudah tentu, dia boleh menjadi seorang model peragaan yang dikenali seperti yang pernah kita lihat dengan model Juriah Jamil, Samantha Schubert, Mimie Aziz, Nasha Aziz, Shida Yaacob dan ramai lagi, jadi sebenarnya dia tidak perlu tampil dengan aksi sebegitu.

Tetapi mungkin juga dia berbuat begitu supaya lebih mudah dan cepat dikenali orang ramai dalam mengejar impiannya menjadi model dan pelakon terkenal.

Ada Netizen yang mendakwa Alicia telah berhenti dari pengajian undang-undang di sebuah universiti di Australia kerana serius untuk menceburi kerjaya sebagai seorang model. Apa pun, penulis ucapkan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.
loading...